Showing posts with label VLE 1Bestarinet. Show all posts
Showing posts with label VLE 1Bestarinet. Show all posts

15 August 2016

Panduan Pengurusan Bandwidth 1Bestarinet Di Sekolah-sekolah 4G Kementerian Pendidikan Malaysia

Panduan Pengurusan Bandwidth 1Bestarinet Di Sekolah-sekolah 4G Kementerian Pendidikan Malaysia

19 November 2015

Bengkel Penyelarasan VLE 1Bestarinet

1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti Bil.2/2015)
8.1.2 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme GPB/GPICT, GPM, JTK dan Guru dalam bidang Media Pendidikan (Bengkel Penyelarasan VLE 1Bestarinet)

Bengkel Penyelarasan VLE 1Bestarinet telah diadakan pada 18 November 2015 jam 8.00 pagi - 5.00 petang di dewan SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut (PPDTL) dengan Pusat Kegiatan Guru (PKG) kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Seramai 222 orang peserta bagi bengkel ini yang terdiri daripada Guru Penyelaras ICT dan Penolong Kanan (PK1) sekolah-sekolah daerah Timur Laut termasuk 34 guru kawasan PKG Kelawai. Mereka diberi pendedahan tentang KPI VLE 1Bestarinet, strategi peningkatan penggunaan VLE dalam PdP dan sebagainya. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Bahan Bengkel Memaksimumkan Penggunaan VLE Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya 2015



22 May 2015

Bengkel Kerja Pemantapan Kualiti Laman PdP Dalam Persekitaran Pembelajaran Maya

4.1.1 Melaksanakan pembinaan laman pembelajaran VLE
8.1.2 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme GPB/GPICT, GPM, JTK dan Guru dalam bidang Media Pendidikan (Persekitaran Pembelajaran Maya - VLE)
1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat JK GPM 2)

Bengkel Kerja Pemantapan Kualiti Laman PdP Dalam Persekitaran Pembelajaran Maya telah diadakan pada 20 dan 21 Mei 2015 di bilik kuliah, PKG Kelawai. Bengkel ini dianjur oleh Pusat Kegiatan Guru Kelawai. Terdapat 16 orang peserta menghadiri bengkel ini, manakala terdapat satu peserta tidak hadir. Peserta terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah kawasan PKG Kelawai. Seramai 4 orang penceramah, fasilitator dan urus setia. Tujuan bengkel ini ialah membimbing peserta menggunakan kemudahan VLE 1Bestarinet  untuk membina laman pembelajaran (Sites) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar peserta menjalankan peluasan penggunaan VLE 1Bestarinet di sekolah masing-masing. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

15 April 2015

Garis Panduan Pembinaan Laman PdP (VLE)

Sila link ini http://goo.gl/TsO4wb untuk muat turun bahan berkenaan.
  • Garis Panduan Pembangunan Laman PdP(pdf)
  • Garis Panduan Pembinaan Laman PdP (pdf)
  • PEMBANGUNAN LAMAN VLE_2015_ver.02 (pdf)

14 April 2015

Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT - PKG Kelawai Bil.1/2015

1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT)

Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT - PKG Kelawai Bil.1/2015 diadakan pada 14 April 2015 (Selasa), pada 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang guru yang terdiri daripada guru penyelaras Bestari dan guru ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Cikgu Hizam sebagai pengerusi bagi mesyuarat ini. Selain itu, pihak PKG dapat menjemput Encik Ahmad Fauzi Bin Komari dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPNPP memberi taklimat ringkas mengenai ICT. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Penggunaan Talian Internet, Laporan Jumlah Login VLE Tahun 2014, SSQS, Penyenggaraan Peralatan ICT, Pembekalan Netbook 1Malaysia dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

13 April 2015

Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG Kelawai Bil.1/2015

1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti)

Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) PKG Kelawai Bil.1/2015 diadakan pada 13 April 2015 (Isnin), pada 2.00 petang di bilik kuliah, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang guru yang terdiri daripada guru besar, pengetua dan wakil sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Cikgu Hizam sebagai setiausaha bagi mesyuarat ini. Selain itu, pihak PKG dapat menjemput Encik Ahmad Fauzi Bin Komari dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPNPP memberi taklimat ringkas mengenai ICT. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Status iQ-PSS, Laporan Bacaan Murid Sesi 2014, Tokoh NILAM, MBMMBI, Kampus Astro, Penggunaan Talian Internet, Laporan Jumlah Login VLE Tahun 2014, SSQS, Penyenggaraan Peralatan ICT, Pembekalan Netbook 1Malaysia dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

12 November 2014

Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT - PKG Kelawai Bil. 2 / 2014

Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT - PKG Kelawai Bil. 2 / 2014 diadakan pada 11 November 2014, pukul 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 14 orang Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Pemasangan Talian Internet 1Bestarinet, VLE Usage Report, 1BestariNet VLE Login Duration KPI Dashboard, Penggunaan Talian Internet 1Bestarinet, Penggunaan Chrome Lab, Smart School Qualification Standards (SSQS) 2014, Pengguna Dongle Yes, Sistem Pengurusan Sekolah, Pelupusan / Aduan Kerosakan ICT, MBMMBI dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

15 September 2014

Panduan Tukar Password Dongle ID

Sila klik di bawah untuk membaca dan muat turun.
Panduan Tukar Password Dongle ID (pdf)

23 August 2014

Seminar Pembelajaran Maya: Sharing Best Practises


Seminar Pembelajaran Maya Murid Peringkat Kebangsaan 2014 diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Berlangsung dari 18-22 Ogos 2014

12 August 2014

Selamat Datang Seminar Pembelajaran Maya Murid Peringkat Kebangsaan











Seminar Pembelajaran Maya Murid Peringkat Kebangsaan
Tarikh: 18 - 22 Ogos 2014
Tempat: USM

25 July 2014

Gerak Gempur Peningkatan Penggunaan VLE

Gerak Gempur Peningkatan Penggunaan VLE telah dijalankan bermula 16 Julai hingga 25 Julai 2014 di sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Jalan Residensi, SMK (P) St. George, SMK Padang Polo dan SJKC Li Tek 'B'. Tujuan gerak gempur ini ialah membimbing guru dan murid menggunakan penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bagi meningkatkan penggunaan VLE. Masalah yang dihadapi oleh sekolah semasa menjalankan aktiviti VLE ialah masalah talian internet, masalah teknikal, kekurangan kemudahan komputer, kekurangan latihan dan kekurangan minat di kalangan guru. Secara keseluruhan, penggunaan VLE di sekolah telah meningkat pada tempoh itu. Gerak gempur kali ini berjalan dengan lancar dan jaya.

22 July 2014

Bengkel Pemantapan Inisiatif ICT - KPM

Bengkel Pemantapan Inisiatif ICT - KPM telah diadakan pada 21 Julai 2014 di Dewan Agung, IPGKPP. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara PKG kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Bengkel ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari atau Guru ICT. Tujuan bengkel ini ialah membimbing peserta menyelaras dan memantau pelaksanaan proses penarafan SSQS 2014 di peringkat sekolah masing-masing. Selain itu, pendedahan peserta tentang KPI Penggunaan Frog-VLE iaitu 30% murid yang login VLE menggunakan VLE sekurang-kurang 30 minit seminggu. Manakala Keputusan JK Pemandu Sekolah Bestari (KSU KPM) : Sasaran 100% guru, 100% murid dan 70% ibu bapa login kepada VLE. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.