Bengkel Pemantapan Inisiatif ICT - KPM telah diadakan pada 21 Julai 2014 di Dewan Agung, IPGKPP. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara PKG kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Bengkel ini dihadiri oleh Guru Penyelaras Bestari atau Guru ICT. Tujuan bengkel ini ialah membimbing peserta menyelaras dan memantau pelaksanaan proses penarafan SSQS 2014 di peringkat sekolah masing-masing. Selain itu, pendedahan peserta tentang KPI Penggunaan Frog-VLE iaitu 30% murid yang login VLE menggunakan VLE sekurang-kurang 30 minit seminggu. Manakala Keputusan JK Pemandu Sekolah Bestari (KSU KPM) : Sasaran 100% guru, 100% murid dan 70% ibu bapa login kepada VLE. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Peserta sedang mengisi borang kehadiran.
Cikgu Azlan - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Air Itam sedang menyampaikan slot SSQS 2014.
Cikgu Abas - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Balik Pulau sedang menyampaikan slot KPI VLE.
Cikgu Abdullah - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tanjung Bunga sedang menyampaikan slot penggunaan dan status VLE.
Peserta sedang memberi perhatian kepada slot yang disampaikan.