Showing posts with label NILAM. Show all posts
Showing posts with label NILAM. Show all posts

23 June 2016

Kutipan Data NILAM Kali Ke-2

Surat Kutipan Data NILAM Kali Ke-2

03 March 2016

KUTIPAN DATA NILAM 2016

Terdapat 4  borang (excel) dalam fail / folder yang dilampikan iaitu;

1 BORANG  1 (Rumusan Data NILAM Tahap Jauhari setiap Kelas) 
2.BORANG 2 ( Rumusan Data NILAM Tahap Jauhari mengikut Tahun)
3.BORANG 3 (Rumusan Data NILAM Tahap Jauhari Peringkat Sekolah)
4.BORANG 4   (Rumusan data NILAM tahap rakan Pembaca Peringkat Sekolah)

TINDAKAN:

1 dan 2 dilengkapkan oleh gurukelas/penyelaran tahun/tingkatan
2 dilengkapkan oleh guru penyelaran tahun/tingkatan/Guru NILAM
4 dilengkapkan oleh guru penyelaran tahun/tingkatan/Guru NILAM

Sila baca dengan teliti arahan disetiap fail dan 'worksheet" dalam fail berkenaan.

Kaedah dan mekanisme pelaksanaan tertakluk kepada kebijaksanaan dan budi bicara pentadbiran sekolah masing-masing agar tidak menjadi isu kepada guru yang terlibat.

Bersama ini dilampirkan surat kutipan NILAM yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan, sila hubung En Roshidi bin Mat di talian 04 5736901 atau hubungi PKG kawasan masing-masing.

Klik sini untuk muat turun bahan berkenaan.

30 July 2015

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2015

5.2.1 Menyelaras Aktiviti Program NILAM dan Khemah Membaca

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2015 telah berlangsung pada 29 (calon sekolah menengah) dan 30 (calon sekolah rendah) Julai 2015 di Pusat Kegiatan Guru Gelugor. Pemilihan ini dianjurkan bersama antara JPPP, PPD Timur Laut dan PKG kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Tujuan pemilihan ini ialah memilih tokoh NILAM peringkat daerah Timur Laut dan Barat Daya. Calon yang layak akan ke peringkat Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan September 2015 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Pemilihan ini berjalan dengan lancar dan jaya.

28 July 2015

Taklimat Penyelarasan Penyelarasan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut Dan Barat Daya 2015

5.2.1 Menyelaras Aktiviti Program NILAM dan Khemah Membaca

Taklimat Penyelarasan Penyelarasan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut Dan Barat Daya 2015 telah diadakan pada 28 Julai 2015 di PKG Gelugor. Taklimat ini dijalankan secara kerjasama antara PKG kawasan Pulau dengan JPPP dan PPD Timur Laut. Seramai 11 pegawai dan 3 orang staf menghadiri taklimat ini. Tujuan taklimat ini ialah menyelaraskan Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2015 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Julai 2015. Selain itu, kami membincang tentang prosedur pemilihan tokoh NILAM, penggunaan borang instrumen, pemarkahan dan sebagainya. Taklimat ini berjalan dengan lancar dan jaya.

24 June 2015

Taklimat Penyelarasan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah

5.2.1 Menyelaras Aktiviti Program NILAM dan Khemah Membaca

Taklimat Penyelarasan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah telah diadakan pada 23 Jun 2015 di bilik komputer, PKG Kelawai. Taklimat ini dijalankan secara kerjasama antara PKG kawasan Pulau. Seramai 9 pegawai teknologi pendidikan menghadiri taklimat ini. Tujuan taklimat ini ialah menyelaraskan Bengkel Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2015 yang akan diadakan pada akhir bulan Jun 2015. Selain itu, kami juga menetap dan membincang tentang sasaran, masa, tarikh, tempat, hadiah, tentatif, hakim, penyediaan makanan dan senarai tugas. Taklimat ini berjalan dengan lancar dan jaya.

12 May 2015

Bengkel Penyelarasan Guru NILAM Baru Dilantik Tahun 2015

8.1.3 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme dalam bidang  PSS untuk GPM/AJK PSS (Pengurusan Program NILAM)

Bengkel Penyelarasan Guru NILAM Baru Dilantik Tahun 2015 telah diadakan pada 11 dan 12 Mei 2015 di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara PKG kawasan Pulau. Bengkel ini dihadiri oleh 50 orang peserta bagi ahli sekolah PKG kawasan Pulau iaitu Guru NILAM Baru. Terdapat 3 peserta dari sekolah kawasan PKG Kelawai dan dua pegawai melibatkan bengkel ini. Tujuan bengkel ini ialah guru diberi pendedahan tentang Program Nilam, Tahap Jauhari, Rakan Pembaca, Tokoh NILAM, sistem i-NILAM, pengemaskinian data sekolah dan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Bersama ini disertakan link untuk muat turun bahan bengkel: https://goo.gl/pqIo0g

27 March 2015

Borang Instrumen Penilaian PSS Mei 2014

Borang Instrumen Penilaian PSS Peringkat Kebangsaan dikemaskini pada Mei 2014.

Klik sini untuk muat turun:
Borang Instrumen Penilaian PSS (docx) dan (pdf)

26 January 2015

Pengemaskinian Data i-NILAM dan iQPSS 2015

Bersama ini dilampirkan surat tersebut.