Gerak Gempur Peningkatan Penggunaan VLE telah dijalankan bermula 16 Julai hingga 25 Julai 2014 di sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara sekolah yang terlibat ialah SK Jalan Residensi, SMK (P) St. George, SMK Padang Polo dan SJKC Li Tek 'B'. Tujuan gerak gempur ini ialah membimbing guru dan murid menggunakan penggunaan VLE dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah bagi meningkatkan penggunaan VLE. Masalah yang dihadapi oleh sekolah semasa menjalankan aktiviti VLE ialah masalah talian internet, masalah teknikal, kekurangan kemudahan komputer, kekurangan latihan dan kekurangan minat di kalangan guru. Secara keseluruhan, penggunaan VLE di sekolah telah meningkat pada tempoh itu. Gerak gempur kali ini berjalan dengan lancar dan jaya.