19 November 2015

Bengkel Penyelarasan VLE 1Bestarinet

1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti Bil.2/2015)
8.1.2 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme GPB/GPICT, GPM, JTK dan Guru dalam bidang Media Pendidikan (Bengkel Penyelarasan VLE 1Bestarinet)

Bengkel Penyelarasan VLE 1Bestarinet telah diadakan pada 18 November 2015 jam 8.00 pagi - 5.00 petang di dewan SMKA (P) Al-Mashoor, Pulau Pinang. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut (PPDTL) dengan Pusat Kegiatan Guru (PKG) kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Seramai 222 orang peserta bagi bengkel ini yang terdiri daripada Guru Penyelaras ICT dan Penolong Kanan (PK1) sekolah-sekolah daerah Timur Laut termasuk 34 guru kawasan PKG Kelawai. Mereka diberi pendedahan tentang KPI VLE 1Bestarinet, strategi peningkatan penggunaan VLE dalam PdP dan sebagainya. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.


Cikgu Abdullah - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tanjung Bunga sedang memberi taklimat

Peserta sedang mengambil perhatian



Sesi soal jawab semasa rehat