Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT - PKG Kelawai Bil. 2 / 2014 diadakan pada 11 November 2014, pukul 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 14 orang Guru Penyelaras Bestari / Guru ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Pemasangan Talian Internet 1Bestarinet, VLE Usage Report, 1BestariNet VLE Login Duration KPI Dashboard, Penggunaan Talian Internet 1Bestarinet, Penggunaan Chrome Lab, Smart School Qualification Standards (SSQS) 2014, Pengguna Dongle Yes, Sistem Pengurusan Sekolah, Pelupusan / Aduan Kerosakan ICT, MBMMBI dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Guru ICT sedang mengisi borang kehadiran.
Cikgu Hizam mempengerusikan mesyuarat ini.
Guru ICT sedang menyemak minit mesyuarat.
En. Habib sedang memberi taklimat tentang pelupusan dan aduan kerosakan peralatan ICT.
Guru ICT sedang berbincang topik berkaitan tentang Teknologi Pendidikan.
Guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Sekolah-sekolah Kawasan Pusat Kegiatan Guru Kelawai Tahun 2014