Showing posts with label MBMMBI. Show all posts
Showing posts with label MBMMBI. Show all posts

23 May 2016

Bahan MBMMBI 2010 - 2014 Untuk Pendidikan


Sila klik link di bawah untuk muat turun bahan MBMMBI 2010 - 2014 untuk PENDIDIKAN bukan KOMERSIAL. Sumber daripada PKG Bandar Mersing dan PKG Endau.

https://goo.gl/idoDTB

12 January 2016

Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI 2016

4.1.2 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme GPB/GPICT, GPM, JTK dan Guru dalam bidang Media Pendidikan (MBMMBI)

Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI 2016 telah diadakan pada 11 Januari 2016, pukul 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Seramai 17 orang peserta bagi bengkel ini terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Tujuan bengkel ini ialah membimbing peserta menggunakan bahan MBMMBI untuk kegunaan tahun 2016 dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar peserta menjalankan peluasan tentang penggunaan bahan MBMMBI di sekolah masing-masing. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

11 January 2016

Pengedaran Bahan Digital MBMMBI (Kegunaan Tahun 2016)

Pengedaran Bahan Digital MBMMBI (Kegunaan Tahun 2016) dijalankan dari 10 Disember 2015 hingga 11 Januari 2016 di PKG Kelawai bagi Pelaksanaan Dasar MBMMBI 2016. Sumber ini dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Senarai Bahan Digital MBMMBI seperti di bawah:
  1. (SM) Bahan Digital Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Rendah - Progresif "Komputer Dalam Kehidupan" 
  2. (SM) Bahan Digital Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Atas - Progresif "Alam Sekitar" 
  3. (SM) Bahan Digital English Language Sekolah Menengah - English Delight Level 1
  4. (SM) Bahan Digital English Language Sekolah Menengah - English Delight Level 2
  5. (SR) Bahan Digital Bahasa Malaysia  Sekolah Rendah - "Celik Ilmu"

15 September 2015

Bengkel Zon Perkembangan Prosimal (ZPD) MBMMBI PKG Daerah Timur Laut dan Barat Daya 2015

8.1.2 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme GPB/GPICT, GPM, JTK dan Guru dalam bidang Media Pendidikan (MBMMBI)

Bengkel Zon Perkembangan Prosimal (ZPD) MBMMBI PKG Daerah Timur Laut dan Barat Daya 2015 telah diadakan pada 15 September 2015 jam 8.00 pagi - 5.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara Pusat Kegiatan Guru (PKG) kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Selain itu, PKG mendapat sokongan dari Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPPP) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Barat Daya serta Timur Laut dengan kehadiran pegawai JPPP dan PPD ke bengkel ini untuk menjayakan program MBMMBI. Seramai 18 orang peserta bagi bengkel ini terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan, Pegawai SiSC+ Daerah Timur Laut serta Daerah Barat Daya dan Pegawai Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Mereka diberi pendedahan tentang kaedah penggunaan bahan yang telah diedarkan kepada sekolah. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Zone of Proximal Development

12 June 2015

Iklan Tender MBMMBI 2015 untuk Kegunaan Sesi Persekolahan 2016

Bersama-sama ini disertakan iklan Tender MBMMBI 2015 yang telah tersiar di dalam suratkhabar The Star (ms 27 Star Search) dan Utusan Malaysia (ms 17) pada hari ini, 12 Jun 2015 (Jumaat).

06 May 2015

15 January 2015

Video Bagi Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI Untuk Kegunaan Sesi Persekolahan 2015


Video ini dihasilkan oleh Cikgu Ahmad Shahir - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gelugor.

Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI Untuk Kegunaan Sesi Persekolahan 2015

8.1.2 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme GPB/GPICT, GPM, JTK dan Guru dalam bidang Media Pendidikan (MBMMBI)

Bengkel Penyelarasan Bahan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Untuk Kegunaan Sesi Persekolahan 2015 telah diadakan pada 14 Januari 2015 jam 2.00 petang - 5.00 petang di Dewan Kuliah Utama, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara Pusat Kegiatan Guru (PKG) kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Selain itu, PKG mendapat sokongan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPNPP) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Barat Daya serta Timur Laut dengan kehadiran pegawai BTPNPP dan PPD ke bengkel ini untuk menjayakan program MBMMBI. Seramai 212 orang peserta bagi bengkel ini terdiri daripada Ketua Panitia Bahasa Inggeris (SM dan SR) dan Ketua Panitia Bahasa Malaysia (SM) sekolah-sekolah daerah Barat Daya dan Timur Laut termasuk 22 peserta dari sekolah kawasan PKG Kelawai. Sebanyak 3 urus setia dari PKG Kelawai bagi bengkel ini. Tujuan bengkel ini ialah membimbing peserta menggunakan bahan MBMMBI dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar peserta menjalankan peluasan tentang penggunaan bahan MBMMBI di sekolah masing-masing. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Bahan Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI Untuk Kegunaan Sesi Persekolahan 2015

Bersama ini disertakan URL untuk muat turun:
http://goo.gl/YjsX7r



18 December 2014

Pengedaran Bahan Digital MBMMBI untuk Sesi Persekolahan 2015

Pengedaran Bahan Digital MBMMBI untuk Sesi Persekolahan 2015 dijalankan dari 16 Disember 2014 hingga 15 Januari 2015 di sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai bagi Pelaksanaan Dasar MBMMBI. Sumber ini dari Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Senarai Bahan Digital MBMMBI seperti di bawah:

(SM) Perisian Kandungan Bahasa Malaysia Tahap Menengah Atas
(SM) Bahan Digital Bahasa Malaysia Tingkatan 4 Dan 5 Sekolah Menengah (Paradigma)
(SM) Perisian Kandungan English Language Tahap Menengah Atas (Study Skill Success)
(SM) Bahan Digital English Language Form 4 And Form 5 (Sky Software House)
(SR) Bahan Digital English Language Year 5 And Year 6 (Delight)

18 September 2013

Instrumen Penggunaan Bahan Digital MBMMBI 2013

Salam Sejahtera,

Pengetua / Guru Besar,
Sekolah-sekolah ahli kawasan PKG Kelawai
(u.p. Guru BM dan Guru BI yang terlibat dengan MBMMBI)

Instrumen Penggunaan Bahan Digital MBMMBI 2013
Kepada guru-guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah dibawah PKG Kelawai diminta untuk mengisi Instrumen Untuk Program Bimbingan, Khidmat Bantu dan Galak Guna Bahan Digital dan Perisian Kandungan MBMMBI 2013 dengan kadar segera.

Sila klik di sini untuk mengisi instrumen berkenaan:
Instrumen Penggunaan Bahan Digital MBMMBI 2013

Sekian terima kasih.