22 May 2015

Bengkel Kerja Pemantapan Kualiti Laman PdP Dalam Persekitaran Pembelajaran Maya

4.1.1 Melaksanakan pembinaan laman pembelajaran VLE
8.1.2 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme GPB/GPICT, GPM, JTK dan Guru dalam bidang Media Pendidikan (Persekitaran Pembelajaran Maya - VLE)
1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat JK GPM 2)

Bengkel Kerja Pemantapan Kualiti Laman PdP Dalam Persekitaran Pembelajaran Maya telah diadakan pada 20 dan 21 Mei 2015 di bilik kuliah, PKG Kelawai. Bengkel ini dianjur oleh Pusat Kegiatan Guru Kelawai. Terdapat 16 orang peserta menghadiri bengkel ini, manakala terdapat satu peserta tidak hadir. Peserta terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah kawasan PKG Kelawai. Seramai 4 orang penceramah, fasilitator dan urus setia. Tujuan bengkel ini ialah membimbing peserta menggunakan kemudahan VLE 1Bestarinet  untuk membina laman pembelajaran (Sites) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar peserta menjalankan peluasan penggunaan VLE 1Bestarinet di sekolah masing-masing. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.



 
Cikgu Chong Hua sedang menyampaikan cara pembinaan laman pembelajaran (Sites)


Peserta sedang membina laman mengikut format yang ditetapkan