Rekod Pilih Buang Bahan Bercetak
Showing posts with label Pusat Sumber Sekolah (PSS). Show all posts
Showing posts with label Pusat Sumber Sekolah (PSS). Show all posts
01 September 2016
18 August 2016
Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2016
5.1.1 Menyelaras Aktiviti Program NILAM dan KM1M
Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2016 telah berlangsung pada 16 (pemilihan calon sekolah menengah) dan 17 (pemilihan calon sekolah rendah) Ogos 2016 di Pusat Kegiatan Guru Tanjung Bunga. Seramai 55 calon dari sekolah Daerah Timur Laut dan Barat Daya menyertai pemilihan ini. Pemilihan ini dianjurkan bersama antara JPPP, PPD Timur Laut dan PKG kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Tujuan pemilihan ini ialah memilih Tokoh NILAM peringkat daerah Timur Laut dan Barat Daya. Calon yang layak akan ke peringkat Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan September 2016 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Pemilihan ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2016 telah berlangsung pada 16 (pemilihan calon sekolah menengah) dan 17 (pemilihan calon sekolah rendah) Ogos 2016 di Pusat Kegiatan Guru Tanjung Bunga. Seramai 55 calon dari sekolah Daerah Timur Laut dan Barat Daya menyertai pemilihan ini. Pemilihan ini dianjurkan bersama antara JPPP, PPD Timur Laut dan PKG kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Tujuan pemilihan ini ialah memilih Tokoh NILAM peringkat daerah Timur Laut dan Barat Daya. Calon yang layak akan ke peringkat Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan September 2016 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Pemilihan ini berjalan dengan lancar dan jaya.
17 August 2016
Penilaian Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2016
Penilaian Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2016 bagi Negeri Pulau Pinang telah berlangsung pada 16.8.2016 dan 17.8.2016. Pulau Pinang telah diwakili oleh SMK Teluk Kumbar dan SJKC Union. Penilaian telah dijalankan oleh En Wan Fadzli bin Wan Haron dari IPG Kampus Darul Aman dan En Zamzuri bin Ghazali dari BTPN Perlis.
BTPN Pulau Pinang mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada warga SJKC Union , SMK Teluk Kumbar kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang penilaian ini berlangsung. Terima kasih juga kepada para hakim yang menilai pusat sumber sekolah yang terlibat.
05 August 2016
Bengkel Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah SJKC Union
2.2.1 Program Khidmat Bantu PSS
Bengkel Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah SJKC Union berlangsung pada 4 Ogos 2016 (Khamis) jam 8 pagi hingga 5 petang. Tujuan khidmat bantu adalah pemantapan PSS untuk Pertandingan Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 berfokuskan kepada keceriaan, pengurusan fail PSS dan pentadbiran PSS sekolah berkenaan. Seramai 4 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan seorang guru iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari sekolah tuan rumah mengambil bahagian dalam bengkel kali ini. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya atas kerjasama pihak sekolah dan GPM.
Bengkel Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah SJKC Union berlangsung pada 4 Ogos 2016 (Khamis) jam 8 pagi hingga 5 petang. Tujuan khidmat bantu adalah pemantapan PSS untuk Pertandingan Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 berfokuskan kepada keceriaan, pengurusan fail PSS dan pentadbiran PSS sekolah berkenaan. Seramai 4 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan seorang guru iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari sekolah tuan rumah mengambil bahagian dalam bengkel kali ini. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya atas kerjasama pihak sekolah dan GPM.
23 June 2016
21 June 2016
PROGRAM KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)
PROGRAM KAMPUS ASTRO BERSAMA KOMUNITI SEKOLAH (KABKS)
- RTM 1
- RTM 2
- Astro Awani
- Astro Ceria
- Astro Arena
- Astro Tutor TV UPSR
- Astro Tutor TV PT3
- Astro Tutor TV SPM
- Astro Xiao Tai Yang
- Astro TVIQ
- National Geographic Channel
- Discovery Science Channel
- Disney Channel
- Bernama TV
- History Channel
- Discovery Channel
- Animal Planet Channel
10 June 2016
13 May 2016
PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2016
Adalah dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sekian, terima kasih.
Sila klik untuk muat turun lampiran berkenaan:
Surat Pencalonan Tokoh NILAM 2016
Borang Pencalonan Tokoh NILAM 2016
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 27 hingga 28 September 2016.
3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta mencalonkan murid-murid sekolah tuan yang layak dengan melengkapkan Borang Pemilihan Tokoh NILAM BTPNPP/UPSP-NILAM 01 seperti di lampiran.
4. Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) bagi kawasan sekolah tuan sebelum 01 Julai 2016 (Jumaat). Tuan boleh mencalonkan lebih daripada seorang murid yang layak untuk pemilihan ini.
5. Kerjasama dan komitmen tuan dalam perkara ini amat dihargai. Jika ada sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi En. Roshidi bin Mat di talian 04-5736901 sambungan 148 atau PKG kawasan masing-masing
Sila klik untuk muat turun lampiran berkenaan:
Surat Pencalonan Tokoh NILAM 2016
Borang Pencalonan Tokoh NILAM 2016
02 May 2016
Anugerah NILAM Kebangsaan (ANK) Tahun 2016
Pemilihan calon Anugerah NILAM Kebangsaan (ANK) bermula pada 25.4.2016 hingga 29.4.2016. Calon ANK dari Pulau Pinang terdiri daripada :
Kategori SMBI: Stella Anne Teoh Ming Hui (SMJK Perempuan China)
Kategori SMBI: Nur Suhaila binti Ismail (SMKA (P) Al- Mashoor)
Kategori SRBI: Chin Chian Yin (SJKC Shih Chung Cawangan)
Kategori SRBM: Nurul Aqilah binti Azharuddin (SK Permatang Bertam)
Pemilihan ini bermula dengan pencarian maklumat di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam pada 26.4.2016. Pada malamnya semua peserta perlu menduduki ujian penulisan.Pada hari ke 3 dan ke 4 calon menghadapi temuduga secara individu dan berkumpulan.
Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan Telah diadakan di MAEPS Serdang bersempena Pelancaran Pesta Buku antara Bangsa Kuala Lumpur. Calon NILAM Pulau Pinang Stella Anne Teoh telah dinobatkan sebagai naib juara Kategori Sekolah menengah Bahasa Inggeris. Manakala Nur Suhaila binti Ismail telah mendapat tempat saguhati (tempat ke empat). Masing-masing membawa balik wang tunai bernilai RM 800 dan RM 200.
Tahniah kepada semua calon!
29 April 2016
MAJLIS ANUGERAH PUSAT SUMBER SEKOLAH PULAU PINANG TAHUN 2015
Majlis Anugerah Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang 2015 telah diadakan pada 28 April 2016 bertempat di Dewan Mutiara, Politeknik Seberang Perai. Seramai 700 orang yang terdiri daripada Pengetua, Guru Besar dan Guru Perpustakaan dan Media dari seluruh negeri Pulau Pinang telah menghadir dalam majlis ini. Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang - Yeoh Kok Kheng telah menghadiri majlis ini dan menyampaikan hadiah kepada pemenang Pusat Sumber Sekolah Peringkat Negeri.
Berikut adalah Pemenang Pusat Sumber Sekolah Pulau Pinang 2015
Kategori Sekolah Menengah
1. Pertama - SMK Teluk Kumbar
2. Kedua - SMK Heng Ee
3. Ketiga - SMK Perempuan Methodist.
4. Saguhati - SMK Mak Mandin
- KV Nibong Tebal
Kategori Sekolah Rendah
1. Pertama - SJKC Union
2. Kedua - SK Pokok Sena
3. Ketiga - SK Seberang Jaya
4. Saguhati - SK Jawi
- SK Teluk Air Tawar
22 April 2016
21 April 2016
Muat Turun - Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan
Sila klik di bawah untuk muat turun bahan dari Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, BTPNPP:
Sumber daripada:
http://upsp4btpnpp.blogspot.my/p/kursus-dan-bengkel.html
- BAHAN KURSUS ASAS PSS
- BAHAN TERBITAN BTP BTPN DAN KPM
- KERTAS KERJA DAN LAPORAN AKTIVITI
- PEKELILING PSS
- BAHAN KURSUS ASAS GPM 2016
Sumber daripada:
http://upsp4btpnpp.blogspot.my/p/kursus-dan-bengkel.html
31 March 2016
PELAKSANAAN PROGRAM KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2016
Laporan aktiviti yang telah dijalankan sila hantar ke PKG.
Sila klik sini untuk maklumat selanjutnya.
Sila klik sini untuk maklumat selanjutnya.
03 March 2016
KUTIPAN DATA NILAM 2016
Terdapat 4 borang (excel) dalam fail / folder yang dilampikan iaitu;
1 BORANG 1 (Rumusan Data NILAM Tahap Jauhari setiap Kelas)
2.BORANG 2 ( Rumusan Data NILAM Tahap Jauhari mengikut Tahun)
3.BORANG 3 (Rumusan Data NILAM Tahap Jauhari Peringkat Sekolah)
4.BORANG 4 (Rumusan data NILAM tahap rakan Pembaca Peringkat Sekolah)
TINDAKAN:
1 dan 2 dilengkapkan oleh gurukelas/penyelaran tahun/tingkatan
2 dilengkapkan oleh guru penyelaran tahun/tingkatan/Guru NILAM
4 dilengkapkan oleh guru penyelaran tahun/tingkatan/Guru NILAM
Sila baca dengan teliti arahan disetiap fail dan 'worksheet" dalam fail berkenaan.
Kaedah dan mekanisme pelaksanaan tertakluk kepada kebijaksanaan dan budi bicara pentadbiran sekolah masing-masing agar tidak menjadi isu kepada guru yang terlibat.
Bersama ini dilampirkan surat kutipan NILAM yang dikeluarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Sebarang pertanyaan, sila hubung En Roshidi bin Mat di talian 04 5736901 atau hubungi PKG kawasan masing-masing.
Klik sini untuk muat turun bahan berkenaan.
23 February 2016
Skema dan Instrumen Penilaian PSS
Sila klik link di bawah untuk muat turun bahan Skema dan Instrumen Penilaian PSS.
https://goo.gl/39cGib
https://goo.gl/39cGib
19 February 2016
Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah
4.1.3 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme dalam bidang PSS untuk GPM/AJK PSS
Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 17 dan 18 Februari 2016 jam 2.00 petang - 5.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Bengkel ini dianjurkan secara bersama antara Pusat Kegiatan Guru (PKG) kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Seramai 12 orang peserta bagi bengkel ini yang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah daerah Timur Laut dan Barat Daya termasuk seorang GPM kawasan PKG Kelawai. Mereka diberi pendedahan tentang Instrumen Penilaian Pusat Sumber Sekolah, skema pemarkahan penilaian, penyediaan fail dan sebagainya. Tujuan bengkel ini diadakan ialah GPM diberi taklimat untuk menghadapi penilaian PSS peringkat daerah. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.
26 January 2016
15 January 2016
Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) - PKG Kelawai Bil. 1/2016
1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat JK Pemuafakatan Aktiviti)
Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) - PKG Kelawai Bil. 1/2016 diadakan pada 14 Januari 2016 (Khamis), pada 9.00 pagi di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang guru yang terdiri daripada pengetua, guru besar dan wakil sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Talian 1Bestarinet, Laporan Jumlah Login VLE Tahun 2015 Sekolah Kawasan PKG Kelawai, VLE Usage Report, 1Bestarinet VLE Login Duration KPI Dashboard (31 Dis 2015 – 06 Jan 2016), Senarai Dongle Sekolah-Sekolah Ahli Bagi PKG Kelawai, Keputusan Smart School Qualification Standards (SSQS), Pelupusan Peralatan ICT, Aduan Kerosakan Peralatan ICT, Kemaskini Data iQ-PSS 2016, Kemaskini Data i-NILAM 2016, Senarai Semak MBMMBI, Aktif Semula Kampus Astro, Pemasangan Microsoft Office 365 (percuma) dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)




