Showing posts with label VDI Thin Client. Show all posts
Showing posts with label VDI Thin Client. Show all posts

14 April 2015

Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT - PKG Kelawai Bil.1/2015

1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT)

Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT - PKG Kelawai Bil.1/2015 diadakan pada 14 April 2015 (Selasa), pada 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang guru yang terdiri daripada guru penyelaras Bestari dan guru ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Cikgu Hizam sebagai pengerusi bagi mesyuarat ini. Selain itu, pihak PKG dapat menjemput Encik Ahmad Fauzi Bin Komari dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPNPP memberi taklimat ringkas mengenai ICT. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Penggunaan Talian Internet, Laporan Jumlah Login VLE Tahun 2014, SSQS, Penyenggaraan Peralatan ICT, Pembekalan Netbook 1Malaysia dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

10 September 2013

Mesyuarat Penyelarasan GPB / GPICT PKG Kawasan Pulau Bil. 2/2013

Mesyuarat Penyelarasan GPB / GPICT PKG Kawasan Pulau Bil. 2/2013 diadakan pada 9 September 2013, pukul 2.00 petang di tempat Dewan Perdana, SMK (P) St. George anjuran bersama PKG Kawasan Pulau. Mesyuarat ini dihadiri oleh 176 orang Guru Penyelaras Bestari / Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) kawasan sekolah-sekolah PKG Pulau. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Koleksi Lagu Sekolah, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), VLE 1Bestarinet, Chrome Mobile Lab, VDI Thin Client, Data Inisiatif ICT, Taklimat SSQS dan sebagainya. Mesyuarat berjalan lancar dan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.