08 February 2012

KHIDMAT BANTU ICT SK WELLESLEY

Khidmat bantu ICT di SK Wellesley berlangsung pada 1 dan 2 Februari 2012. Tujuan Khidmat Bantu ini adalah untuk memulihkan komputer pada makmal pengkomputeran sekolah ini kepada keaadaan yang sepatutnya. Sebelum berlangsungnya program Khidmat Bantu ini, hanya 10 buah komputer sahaja di makmal ini yang berfungsi seperti sepatutnya. Selepas program Khidmat Bantu berlangsung, kesemua 21 buah komputer dan sebuah pencetak dalam makmal ini telah berfungsi seperti sepatutnya. Antara langkah-langkah pembetulan yang dijalankan ialah membaikpulih komputer yang tidak berfungsi, membuat preventive maintenance pada semua komputer dan membetulkan semula rangkaian dalam makmal serta mengwujudkan pencetak berpusat untk makmal ini. Guru ICT sekolah ini juga diberi pendedahan membuat penyelenggaraan komputer seperti preventive maintenance dan corrective maintenance serta penggunaan NSS (Net Support School) dalam penggendalian kelas pengkomputeran.

Guru besar dan Guru ICT SK Wellesley turut bersama dalam program Khidmat Bantu ICT.

Wall paper pada komputer makamal ini telah direka khas untuk program ini.

Juruteknik-juruteknik dari semua PKG di Daerah Timurlaut dan Baratdaya terlibat dalam menjayakan program ini.
Juruteknik PKG Air Itam sedang tekun membaikpulih komputer di makmal komputer SK Wellesley.

07 February 2012

MESYUARAT GPM BIL 1/2012

Mesyuarat telah diadakan di dewan Sekolah SK Francis Light pada 19 Januari 2012. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua GPM sekolah-sekolah setempat PKG Kelawai. Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Instrumen Penilaian PSS dan Penulisan Buku Rekod Mengajar GPM. En Osman bin Ahmad turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut. Beliau telah menyampaikan maklumat berkaitan Buku Rekod Mengajar dan Pemantauan PSS menggunakan instrumen yang baru dikemaskini oleh BTPN. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.

GPM sekolah-sekolah setempat PKG Kelawai bergambar kenangan di hadapan dewan sekolah.

GPM sedang mendaftarkan diri untuk mesyuarat.

Sebahagian dari ahli mesyuarat yang hadir.

Encik Osman sedang menyampaikan taklimat pada mesyuarat GPM PKG Kelawai bil 1/2012


30 October 2011

KHIDMAT BANTU SMK TUNKU PUAN HABSAH

Khidmat bantu PSS SK Jalan Residensi ini berlangsung pada 20 dan 21 September 2011. Tumpuan Khidmat bantu kali adalah berfokuskan kepada keceriaan dan pentadbiran PSS sekolah berkenaan. Seramai 8 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dari seluruh Daerah Barat Daya dan Timur Laut beserta dengan 4 orang guru dari sekolah tuan rumah mengambil bahagian dalam program kali ini. Program ini berjalan dengan lancar dan jaya.
keadaan PSS sebelum Program Khidmat Bantu

Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Air Itam dan PKG Gelugor turut menyumbangkan tenaga dalam menjayakan Program Khidmat Bantu ini

En. Marzuki, Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bayan Lepas sedang membaiki lampu yang telah rosak selama beberapa tahun

PSS selepas Program Khidmat Bantu


PSS selepas Program Khidmat Bantu dari sudut yang lain

En Habib, Juruteknik PKG Kelawai menerima cenderahati dari Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tunku Puan Habsah



02 October 2011

KHIDMAT BANTU PSS SK JALAN RESIDENSI

Khidmat bantu PSS SK Jalan Residensi ini berlangsung pada 19 dan 20 September 2011. Tumpuan Khidmat bantu kali adalah berfokuskan kepada keceriaan dan pentadbiran PSS sekolah berkenaan. Seramai 8 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dari seluruh Daerah Barat Daya dan Timur Laut beserta dengan 4 orang guru dari sekolah tuan rumah mengambil bahagian dalam program kali ini. Program ini berjalan dengan lancar dan jaya. Selain dari program khidmat bantu, satu sessi fotografi gambar bersaiz pasport juga berjaya dilaksanakan kepada semua staf dan pengawas PSS SK Jalan Residensi untuk tujuan mengemaskini carta organisasi.


keadaan PSS sebelum Khidmat bantu


pandangan dari sudut lain keadaan PSS sebelum Khidmat bantu


peserta yang mengambil bahagian dalam program khidmat bantu sedang giat bercambah fikiran untuk meningkatkan keceriaan PSS SK Jalan Residensi


keadaan PSS yang kemas selepas Khidmat Bantu


PSS lebih ceria dan Kemas selepas program khidmat bantu

24 July 2011

STATUS PERLAKSANAAN SSQS PKG KELAWAI SEPERTI PADA 25 JULAI 2011


BIL

KOD SEKOLAH

SEKOLAH

BILANGAN SELESAI

BILANGAN RESPONDEN SEBENAR

PERATUS

1

PBA1008

SK SRI TANJUNG

45

45

100.00

2

PBA1015

SPK JALAN HUTTON (P)

38

38

100.00

3

PBB1025

SK PEREMPUAN ISLAND

62

62

100.00

4

PBB1030

SK JALAN RESIDENSI

61

61

100.00

5

PBB1033

SK PYKETT METHODIST

45

45

100.00

6

PBB1037

SK WELLESLEY

62

62

100.00

7

PBC1045

SJK(C) PEREMPUAN CHINA

62

62

100.00

8

PBC1064

SJK(C) LI TEK 'A'

62

62

100.00

9

PBC1065

SJK(C) LI TEK 'B'

60

60

100.00

10

PBC1066

SJK(C) LI TEK CAWANGAN

42

42

100.00

11

PBC1074

SJK(C) SHIH CHUNG PUSAT

60

60

100.00

12

PBC1080

SJK(C) UNION

62

62

100.00

13

PEB1093

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

62

62

100.00

14

PEB1109

SMK (P) ST GEORGE

62

62

100.00

15

PEB1112

SMK TUNKU PUAN HABSAH

61

61

100.00

16

PEB1113

SMJK UNION

62

62

100.00

17

PEE1115

SMK PADANG POLO

62

62

100.00

20 July 2011

STATUS PERLAKSANAAN SSQS PKG KELAWAI SEPERTI PADA 20 JULAI 2011


klik pada imej untuk imejan lebih besar.

nota:
JUMLAH RESPONDEN SSQS MAKSIMA YANG DIMAKLUMKAN OLEH SEKOLAH BERIKUT:
  • SJKC SHIH CHUNG PUSAT - guru 28 orang , murid 30 orang, pentadbir 1 orang, Guru ICT 1 orang. Jumlah 60 orang.
  • SMK TUNKU PUAN HABSAH- guru 29 orang, murid 30 orang, pentadbir 1 orang, Guru ICT 1 orang. Jumlah 61 orang
  • SK JALAN RESIDENSI- guru 29 orang, murid 30 orang, pentadbir 1 orang, Guru ICT 1 orang. Jumlah 61 orang
  • SJKC LI TEK 'B' - guru 28 orang, murid 30 orang, pentadbir 1 orang, Guru ICT 1 orang. Jumlah 60 orang
  • SRPK JALAN HUTTON - guru 22 orang, murid 10 orang, pentadbir 1 orang, Guru ICT 1 orang. Jumlah 34 orang