Showing posts with label Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Show all posts
Showing posts with label Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Show all posts

09 January 2015

PERPINDAHAN ALAMAT SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS) 2015

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah di alamat apps4.moe.gov.my/sps/
sudah berpindah ke alamat baharu di http://sps.moe.gov.my.

06 January 2014

04 November 2013

Program Pemantauan Dan Bimbingan Penggunaan VLE, SPS Dan MBMMBI

Merujuk perkara di atas dimaklumkan bahawa Program Pemantauan Dan Bimbingan Penggunaan VLE, SPS Dan MBMMBI akan dijalankan dalam tempoh 06/11/2013 sehingga 15/11/2013. Program ini cuma melibatkan beberapa sekolah sahaja.

17 October 2013

Pengintegrasian Data SPS

Keputusan telah diambil di peringkat bahagian KPM bahawa ia menjadi tanggungjawab EPRD untuk menyediakan middleware bagi tujuan mengintegrasi data antara bahagian-bahagian di KPM seperti SMM, APMM, Emis dan lain-lain lagi. Buat masa ini, middleware belum lagi wujud. 

Maksudnya,
  • Cikgu-cikgu perlu isi data guru dan murid secara manual.
  • Jangan cuba import data dari SMM, APMM, Emis dan lain-lain lagi ke dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). 
Hal ini kerana ia akan menjejaskan keseluhan dasar dan perancangan yang telah ditetapkan oleh KPM.

14 September 2013

Modul 6 – Pengurusan Murid – Penempatan Murid Secara Manual

Manual ini dihasilkan untuk menyelesaikan masalah pendaftaran murid ke dalam kelas masing-masing.

13 September 2013

Langkah-Langkah Mendaftar Guru & Staff Dalam SPS (Terkini)

Manual ini dihasilkan untuk menyelesaikan masalah bidang kuasa (Kebenaran) bagi 
1. Kumpulan Guru & Staf
Agar guru dan staf boleh mengemaskinikan maklumat sendiri dengan menggunakan ID dan Password masing-masing.
2. Kumpulan Guru Kelas
Agar guru kelas boleh menambah dan mengemaskinikan maklumat murid dengan menggunakan ID dan Password guru kelas masing-masing.

10 September 2013

Mesyuarat Penyelarasan GPB / GPICT PKG Kawasan Pulau Bil. 2/2013

Mesyuarat Penyelarasan GPB / GPICT PKG Kawasan Pulau Bil. 2/2013 diadakan pada 9 September 2013, pukul 2.00 petang di tempat Dewan Perdana, SMK (P) St. George anjuran bersama PKG Kawasan Pulau. Mesyuarat ini dihadiri oleh 176 orang Guru Penyelaras Bestari / Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) kawasan sekolah-sekolah PKG Pulau. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Koleksi Lagu Sekolah, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), VLE 1Bestarinet, Chrome Mobile Lab, VDI Thin Client, Data Inisiatif ICT, Taklimat SSQS dan sebagainya. Mesyuarat berjalan lancar dan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

05 September 2013

Bengkel Peluasan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Pulau Pinang

Bengkel Peluasan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Negeri Pulau Pinang telah diadakan dari 2 hingga 4 September 2013 di tempat Billik Latihan, SJKC Union. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara JPN, BTPN, PPD dan PKG.

19 August 2013

TALIAN MEJA BANTUAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)
TALIAN MEJA BANTUAN
Tel: 1 800 88 2875
Emel: sps.helpdesk@moe.edu.my
sps.helpdesk2013@gmail.com