1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT)
Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT - PKG Kelawai Bil.1/2015 diadakan pada 14 April 2015 (Selasa), pada 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang guru yang terdiri daripada guru penyelaras Bestari dan guru ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Cikgu Hizam sebagai pengerusi bagi mesyuarat ini. Selain itu, pihak PKG dapat menjemput Encik Ahmad Fauzi Bin Komari dari Unit Perkhidmatan ICT, BTPNPP memberi taklimat ringkas mengenai ICT. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Penggunaan Talian Internet, Laporan Jumlah Login VLE Tahun 2014, SSQS, Penyenggaraan Peralatan ICT, Pembekalan Netbook 1Malaysia dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Peserta sedang mengisi borang kehadiran.
Encik Ahmad Fauzi Bin Komari memberi taklimat ringkas mengenai ICT