02 May 2016

Anugerah NILAM Kebangsaan (ANK) Tahun 2016

Pemilihan calon Anugerah NILAM Kebangsaan (ANK) bermula pada 25.4.2016 hingga 29.4.2016. Calon ANK dari Pulau Pinang terdiri daripada : 


Kategori SMBI: Stella Anne Teoh Ming Hui  (SMJK Perempuan China)
Kategori SMBI: Nur Suhaila binti Ismail (SMKA (P) Al- Mashoor)
Kategori SRBI: Chin Chian Yin (SJKC Shih Chung Cawangan)
Kategori SRBM: Nurul Aqilah binti Azharuddin (SK Permatang Bertam)

Pemilihan ini bermula dengan pencarian maklumat di Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam pada 26.4.2016. Pada malamnya semua peserta perlu menduduki ujian penulisan.Pada hari ke 3 dan ke 4 calon menghadapi temuduga secara individu dan berkumpulan.


Majlis Anugerah NILAM Kebangsaan Telah diadakan di MAEPS Serdang bersempena Pelancaran Pesta Buku antara Bangsa Kuala Lumpur. Calon NILAM Pulau Pinang Stella Anne Teoh telah dinobatkan sebagai naib juara Kategori Sekolah menengah Bahasa Inggeris. Manakala Nur Suhaila binti Ismail telah mendapat tempat saguhati (tempat ke empat). Masing-masing membawa balik wang tunai bernilai RM 800 dan RM 200.

Tahniah kepada semua calon!