19 February 2016

Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah

4.1.3 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme dalam bidang  PSS untuk GPM/AJK PSS

Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah telah diadakan pada 17 dan 18 Februari 2016 jam 2.00 petang - 5.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Bengkel ini dianjurkan secara bersama antara Pusat Kegiatan Guru (PKG) kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Seramai 12 orang peserta bagi bengkel ini yang terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah daerah Timur Laut dan Barat Daya termasuk seorang GPM kawasan PKG Kelawai. Mereka diberi pendedahan tentang Instrumen Penilaian Pusat Sumber Sekolah, skema pemarkahan penilaian, penyediaan fail dan sebagainya. Tujuan bengkel ini diadakan ialah GPM diberi taklimat untuk menghadapi penilaian PSS peringkat daerah. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Cikgu Shahir - PTP PKG Dato' Keramat menyampaikan slot Bahagian A - Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan


Cikgu Azman - PTP PKG Balik Pulau menyampaikan slot Bahagian E - Literasi Maklumat