13 May 2016

PEMILIHAN TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG 2016

Adalah dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang akan mengadakan Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Pulau Pinang pada 27 hingga 28 September 2016. 

3. Sehubungan dengan itu, tuan diminta mencalonkan murid-murid sekolah tuan yang layak dengan melengkapkan Borang Pemilihan Tokoh NILAM BTPNPP/UPSP-NILAM 01 seperti di lampiran.

4. Borang-borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Pusat Kegiatan Guru (PKG) bagi kawasan sekolah tuan sebelum 01 Julai 2016 (Jumaat). Tuan boleh mencalonkan lebih daripada seorang murid yang layak untuk pemilihan ini.

5. Kerjasama dan komitmen tuan dalam perkara ini amat dihargai. Jika ada sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila hubungi En. Roshidi bin Mat di talian 04-5736901 sambungan 148 atau PKG kawasan masing-masing

Sekian, terima kasih.

Sila klik untuk muat turun lampiran berkenaan:
Surat Pencalonan Tokoh NILAM 2016
Borang Pencalonan Tokoh NILAM 2016