05 August 2016

Bengkel Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah SJKC Union

2.2.1 Program Khidmat Bantu PSS

Bengkel Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah SJKC Union berlangsung pada 4 Ogos 2016 (Khamis) jam 8 pagi hingga 5 petang. Tujuan khidmat bantu adalah pemantapan PSS untuk Pertandingan Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan Tahun 2016 berfokuskan kepada keceriaan, pengurusan fail PSS dan pentadbiran PSS sekolah berkenaan. Seramai 4 orang Pegawai Teknologi Pendidikan dan seorang guru iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dari sekolah tuan rumah mengambil bahagian dalam bengkel kali ini. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya atas kerjasama pihak sekolah dan GPM.

Penambahbaikan label

Penyemakan fail PSS

Penambahbaikan rekod

Penambahbaikan format laporan aktiviti