15 January 2016

Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) - PKG Kelawai Bil. 1/2016

1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat JK Pemuafakatan Aktiviti)

Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) - PKG Kelawai Bil. 1/2016 diadakan pada 14 Januari 2016 (Khamis), pada 9.00 pagi di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang guru yang terdiri daripada pengetua, guru besar dan wakil sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Talian 1Bestarinet, Laporan Jumlah Login VLE Tahun 2015 Sekolah Kawasan PKG Kelawai, VLE Usage Report, 1Bestarinet VLE Login Duration KPI Dashboard (31 Dis 2015 – 06 Jan 2016), Senarai Dongle Sekolah-Sekolah Ahli Bagi PKG Kelawai, Keputusan Smart School Qualification Standards (SSQS), Pelupusan Peralatan ICT, Aduan Kerosakan Peralatan ICT, Kemaskini Data iQ-PSS 2016, Kemaskini Data i-NILAM 2016, Senarai Semak MBMMBI, Aktif Semula Kampus Astro, Pemasangan Microsoft Office 365 (percuma)  dan sebagainya.  Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 11.45 pagi.

Peserta sedang mengisi borang kehadiran.



Sesi soal perbincangan.



Cikgu Chong Hua menunjuk cara pemasangan Microsoft Office 365.