18 August 2016

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2016

5.1.1 Menyelaras Aktiviti Program NILAM dan KM1M

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2016 telah berlangsung pada 16 (pemilihan calon sekolah menengah) dan 17 (pemilihan calon sekolah rendah) Ogos 2016 di Pusat Kegiatan Guru Tanjung Bunga. Seramai 55 calon dari sekolah Daerah Timur Laut dan Barat Daya menyertai pemilihan ini. Pemilihan ini dianjurkan bersama antara JPPP, PPD Timur Laut dan PKG kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Tujuan pemilihan ini ialah memilih Tokoh NILAM peringkat daerah Timur Laut dan Barat Daya. Calon yang layak akan ke peringkat Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan September 2016 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Pemilihan ini berjalan dengan lancar dan jaya.



Pendaftaran calon Tokoh NILAM Peringkat Daerah dari sekolah menengah


Cikgu Ahmad Fauzi sedang memberi taklimat ringkas

Calon-calon kategori sekolah menengah sedang menjalankan ujian penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Ujian lisan Bahasa Inggeris secara invidu sedang dijalankan

Ujian lisan Bahasa Inggeris secara kumpulan sedang dijalankan

Cikgu Fadzil sedang memberi tips dalam ujian lisan individu dan kumpulan


Pendaftaran calon Tokoh NILAM Peringkat Daerah dari sekolah rendah


Cikgu Ahmad Fauzi sedang memberi taklimat ringkas







Calon-calon kategori sekolah rendah sedang menjalankan ujian penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris




Mesyuarat Penyelarasan Peluasan Penggunaan VLE antara PPDTL dan PKG Zon Pulau 


Murid sedang mencari maklumat






Ujian lisan Bahasa Melayu secara invidu sedang dijalankan



Ujian lisan Bahasa Inggeris secara invidu sedang dijalankan



CIkgu Fadzil dan Cikgu Thum sedang memberi cara penambahbaikan dalam ujian lisan individu

Pengumuman calon yang dapat menyertai ujian lisan kumpulan


Taklimat ringkas sebelum ujian lisan kumpulan




Ujian lisan kumpulan Bahasa Inggeris


Ujian lisan kumpulan Bahasa Melayu