25 July 2016

Taklimat SSQS Tahun 2016

3.1.1 Khidmat Nasihat Penarafan Pembestarian Sekolah SSQS

Taklimat SSQS Tahun 2016 telah diadakan pada 22 Julai 2016 (Jumaat) pada 3.00 petang di bilik kuliah, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang guru yang terdiri daripada guru penyelaras Bestari dan guru penyelaras ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Tujuan taklimat ini ialah membimbing peserta menyelaras dan memantau pelaksanaan proses penarafan SSQS 2016 pada peringkat sekolah masing-masing. Taklimat ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Peserta sedang mengambil perhatian semasa taklimat dijalankan