25 July 2016

Mesyuarat Penyelarasan Guru ICT / Bestari Bil. 2 / 2016

1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat JK GPB/GPICT 2)

Mesyuarat Penyelarasan Guru ICT / Bestari Bil. 2 / 2016 telah diadakan pada 22 Julai 2016 (Jumaat) pada 3.00 petang di bilik kuliah, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang guru yang terdiri daripada guru penyelaras Bestari dan guru penyelaras ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Talian 1Bestarinet, Laporan Jumlah Kali Login VLE Tahun 2016, Jumlah Kali Login VLE Murid, 1BestariNet VLE Login Duration KPI Dashboard, Aktifkan ID dan Password Dongle Sekolah, Penarafan Smart School Qualification Standards (SSQS) 2016, Program Kampus Astro Bersama Komuniti Sekolah (KABKS), Kemaskini Data Murid dalam VLE dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.

Cikgu Chong Hua sedang mempengerusikan mesyuarat ini


Sesi perkongsian ilmu