Khidmat bantu ICT di SK Wellesley berlangsung pada 1 dan 2 Februari 2012. Tujuan Khidmat Bantu ini adalah untuk memulihkan komputer pada makmal pengkomputeran sekolah ini kepada keaadaan yang sepatutnya. Sebelum berlangsungnya program Khidmat Bantu ini, hanya 10 buah komputer sahaja di makmal ini yang berfungsi seperti sepatutnya. Selepas program Khidmat Bantu berlangsung, kesemua 21 buah komputer dan sebuah pencetak dalam makmal ini telah berfungsi seperti sepatutnya. Antara langkah-langkah pembetulan yang dijalankan ialah membaikpulih komputer yang tidak berfungsi, membuat preventive maintenance pada semua komputer dan membetulkan semula rangkaian dalam makmal serta mengwujudkan pencetak berpusat untk makmal ini. Guru ICT sekolah ini juga diberi pendedahan membuat penyelenggaraan komputer seperti preventive maintenance dan corrective maintenance serta penggunaan NSS (Net Support School) dalam penggendalian kelas pengkomputeran.
Guru besar dan Guru ICT SK Wellesley turut bersama dalam program Khidmat Bantu ICT.
Wall paper pada komputer makamal ini telah direka khas untuk program ini.
Juruteknik-juruteknik dari semua PKG di Daerah Timurlaut dan Baratdaya terlibat dalam menjayakan program ini.
Juruteknik PKG Air Itam sedang tekun membaikpulih komputer di makmal komputer SK Wellesley.