08 February 2012

MESYUARAT GPM BIL 1/2012

Mesyuarat telah diadakan di dewan Sekolah SK Francis Light pada 19 Januari 2012. Mesyuarat ini dihadiri oleh semua GPM sekolah-sekolah setempat PKG Kelawai. Antara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Instrumen Penilaian PSS dan Penulisan Buku Rekod Mengajar GPM. En Osman bin Ahmad turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut. Beliau telah menyampaikan maklumat berkaitan Buku Rekod Mengajar dan Pemantauan PSS menggunakan instrumen yang baru dikemaskini oleh BTPN. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 5.00 petang.


GPM sekolah-sekolah setempat PKG Kelawai bergambar kenangan di hadapan dewan sekolah.

GPM sedang mendaftarkan diri untuk mesyuarat.

Sebahagian dari ahli mesyuarat yang hadir.

Encik Osman sedang menyampaikan taklimat pada mesyuarat GPM PKG Kelawai bil 1/2012