Masalah Penarafan SSQS 2012 berkaitan bilangan responden daripada 62 orang kepada 134 orang telah berjaya diatasi manakala masalah baru ialah berkaitan No TAG responden yang telah berubah. Jalan penyelesaian masalah ini adalah seperti berikut:
i. Bagi responden yang telah mengisi borang online menggunakan no. TAG asal data telah diterima dan digunapakai oleh pihak BTP. Baki responden yang belum isi borang perlu menggunakan no.TAG yang baru.
ii.Bagi sekolah yang belum mengisi lagi borang secara online ,pihak sekolah perlu menggunakan no TAG yang baru.
iii.Sebelum mengisi borang pastikan pihak sekolah telah mencetak no TAG yang baru sebelum mengisi borang.
iv.Sekiranya no TAG tidak berubah sila kekalkan.
Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan masalah ini sila hubungi pihak UPICT 04-5736901 ext 214. Kerjasama dan komitmen tuan/puan dalam menjayakan inisiatif ICT ini sangat dihargai dan diucapkan terima kasih.