Mesyuarat Penyelarasan GPB / GPICT PKG Kawasan Pulau Bil. 2/2013 diadakan pada 9 September 2013, pukul 2.00 petang di tempat Dewan Perdana, SMK (P) St. George anjuran bersama PKG Kawasan Pulau. Mesyuarat ini dihadiri oleh 176 orang Guru Penyelaras Bestari / Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) kawasan sekolah-sekolah PKG Pulau. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Koleksi Lagu Sekolah, Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), VLE 1Bestarinet, Chrome Mobile Lab, VDI Thin Client, Data Inisiatif ICT, Taklimat SSQS dan sebagainya. Mesyuarat berjalan lancar dan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Peserta sedang berdaftar diri.
Pegawai Teknologi Pendidikan sedang memberi taklimat kepada peserta.
Peserta sedang memberi perhatian dan mencatat perkara yang penting.
Mesyuarat ini bersurai dan ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.