27 November 2013

Panduan Pengisian SPS KPM Modul Terkini & Meja Bantuan SPS

Klik sini untuk muat turun:


Meja Bantuan SPS
Semua kes SALAH KEY IN DATA, DATA HILANG dan yang seangkatan dengannya hendaklah disenaraikan nama yang berkaitan dan terus hantar ke Helpdesk sahaja di alamat eme berikut untuk tindakan HD Level 3: sps.helpdesk2013@gmail.com


Untuk makluman, Datin Che Normadiah menggalakan meluaskan akan Group FACEBOOK 
SPS Malaysia (https://www.facebook.com/groups/212738672231850/)
SPS Penang (https://www.facebook.com/groups/205716742916738/) 
sebagai wadah kepada pihak sekolah untuk berhubung terus mendapat konsultansi dari pegawai helpdesk btp iaitu Haji Mohd Arifen Naim yang senantiasa membantu merungkaikan masalah berkaitan SPS oleh pihak sekolah. 

Jadi, pihak sekolah boleh mengemukakan pertanyaan berkaitan SPS di ruangan maya ini sebagai alternatif kepada talian helpdesk sedia ada. Sekiranya pihak sekolah menghadapi masalah seperti nama bertindan, nak edit ejaan, nak tukar kelas yg salah, no ic salah, nak delete nama, nak reset password, semua itu hendaklah diajukan ke Helpdesk SPS iaitu di talian 03-20818113, 8114, 8115, 8115, 8116, 8117 & 8119 dan emel SPS.helpdesk2013@gmail.com.

Sekiranya pihak sekolah emel kepada pihak helpdesk SPS, maka pihak sekolah akan diberikan no.rujukan log aduan yang mana akan memudahkan pihak helpdesk dan sekolah untuk trace kembali sama ada masalah yang diutarakan telah selesai ataupun tidak.