Merujuk perkara di atas dimaklumkan bahawa Program Pemantauan Dan Bimbingan Penggunaan VLE, SPS Dan MBMMBI akan dijalankan dalam tempoh 06/11/2013 sehingga 15/11/2013. Program ini cuma melibatkan beberapa sekolah sahaja.
2) Bersama ini disertakan borang pemantauan agar pihak sekolah dapat tahu bahagian atau bidang yang akan dipantau.
3) Pemantauan ini akan melibatkan Guru Bestari / ICT, Guru Data / PK1, Guru Perpustakaan Dan Media / Ketua Panitia BM Dan BI pihak sekolah.
4) Pemantauan ini menitikberatkan:
- VLE 1Bestarinet=> Peningkatan jumlah penggunaan VLE atau login VLE Murid, Guru dan Ibubapa.
- Sistem Pengurusan Sekolah (SPS)=> Memastikan Data Kemudahan, Murid, Guru serta Staf sekolah telah diisi ke dalam SPS.
- MBMMBI => Rekod Penggunaan Bahan MBMMBI