Bengkel Zon Perkembangan Prosimal (ZPD) MBMMBI PKG Daerah Timur Laut dan Barat Daya 2015 telah diadakan pada 15 September 2015 jam 8.00 pagi - 5.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara Pusat Kegiatan Guru (PKG) kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Selain itu, PKG mendapat sokongan dari Jabatan Pendidikan Pulau Pinang (JPPP) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Barat Daya serta Timur Laut dengan kehadiran pegawai JPPP dan PPD ke bengkel ini untuk menjayakan program MBMMBI. Seramai 18 orang peserta bagi bengkel ini terdiri daripada Pegawai Teknologi Pendidikan, Pegawai SiSC+ Daerah Timur Laut serta Daerah Barat Daya dan Pegawai Jabatan Pendidikan Pulau Pinang. Mereka diberi pendedahan tentang kaedah penggunaan bahan yang telah diedarkan kepada sekolah. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Pendaftaran Peserta
Bengkel ZPD MBMMBI bermula
Dzolkapli Haji Haron, KPP (BI), JPPP sedang menerangkan konsep ZPD.
Peserta sedang mencatat nota
Sesi Soal Jawab
Peserta sedang meneroka bahan MBMMBI
Peserta berkongsi dapatan penggunaan bahan MBMMBI