8.1.2 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme GPB/GPICT, GPM, JTK dan Guru dalam bidang Media Pendidikan (MBMMBI)
Bengkel Penyelarasan Bahan Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Untuk Kegunaan Sesi Persekolahan 2015 telah diadakan pada 14 Januari 2015 jam 2.00 petang - 5.00 petang di Dewan Kuliah Utama, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP). Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara Pusat Kegiatan Guru (PKG) kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Selain itu, PKG mendapat sokongan dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang (BTPNPP) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Barat Daya serta Timur Laut dengan kehadiran pegawai BTPNPP dan PPD ke bengkel ini untuk menjayakan program MBMMBI. Seramai 212 orang peserta bagi bengkel ini terdiri daripada Ketua Panitia Bahasa Inggeris (SM dan SR) dan Ketua Panitia Bahasa Malaysia (SM) sekolah-sekolah daerah Barat Daya dan Timur Laut termasuk 22 peserta dari sekolah kawasan PKG Kelawai. Sebanyak 3 urus setia dari PKG Kelawai bagi bengkel ini. Tujuan bengkel ini ialah membimbing peserta menggunakan bahan MBMMBI dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar peserta menjalankan peluasan tentang penggunaan bahan MBMMBI di sekolah masing-masing. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Persiapan tempat.
Peserta sedang mendaftar diri.
Peserta sedang memberi perhatian tentang slot yang disampaikan.
Penceramah - Cigu Hizam
Pengerusi Majlis - Cikgu Azlan
Fasilitator - Cikgu Ahmad Shahir
Cikgu Mohd Abas dan Cikgu Muhamad Khairi sedang memberi penerangan kepada peserta.
Cikgu Muhamad Radzi - Unit Media Pendidikan, BTPNPP sedang menjawab soalan peserta.
Fasilitator sedang menyemak borang kehadiran dan borang maklum balas peserta.