12 January 2016

Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI 2016

4.1.2 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme GPB/GPICT, GPM, JTK dan Guru dalam bidang Media Pendidikan (MBMMBI)

Bengkel Penyelarasan Bahan MBMMBI 2016 telah diadakan pada 11 Januari 2016, pukul 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Seramai 17 orang peserta bagi bengkel ini terdiri daripada Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Tujuan bengkel ini ialah membimbing peserta menggunakan bahan MBMMBI untuk kegunaan tahun 2016 dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) agar peserta menjalankan peluasan tentang penggunaan bahan MBMMBI di sekolah masing-masing. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Cikgu Chong Hua memberi taklimat mengenai penggunaan dan pengurusan bahan MBMMBI.



Peserta sedang mengambil perhatian tentang taklimat yang disampaikan.