1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat JK GPB/GPICT)
Mesyuarat Penyelarasan Pengurusan Guru Penyelaras Bestari (GPB) / Guru Penyelaras ICT - Pusat Kegiatan Guru Kelawai Bil. 1 / 2016 diadakan pada 14 Januari 2016 (Khamis), pada 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang guru yang terdiri daripada guru penyelaras Bestari dan guru penyelaras ICT sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Talian 1Bestarinet, Laporan Jumlah Login VLE Tahun 2015 Sekolah Kawasan PKG Kelawai, VLE Usage Report, 1Bestarinet VLE Login Duration KPI Dashboard (31 Dis 2015 – 06 Jan 2016), Senarai Dongle Sekolah-Sekolah Ahli Bagi PKG Kelawai, Keputusan Smart School Qualification Standards (SSQS), Pelupusan Peralatan ICT, Aduan Kerosakan Peralatan ICT, Kemaskini Data iQ-PSS 2016, Kemaskini Data i-NILAM 2016, Senarai Semak MBMMBI, Aktif Semula Kampus Astro, Pemasangan Microsoft Office 365 (percuma) dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.