1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat JK GPM)
Mesyuarat Penyelarasan Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) - PKG Kelawai Bil. 1/2016 diadakan pada 11 Januari 2016, pukul 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Talian 1Bestarinet, Laporan Jumlah Login VLE Tahun 2015 Sekolah Kawasan PKG Kelawai, VLE Usage Report, 1Bestarinet VLE Login Duration KPI Dashboard (31 Dis 2015 – 06 Jan 2016), Senarai Dongle Sekolah-Sekolah Ahli Bagi PKG Kelawai, Keputusan Smart School Qualification Standards (SSQS), Kemaskini Data iQ-PSS 2016, Kemaskini Data i-NILAM 2016, Senarai Semak MBMMBI, Aktif Semula Kampus Astro dan sebagainya. Mesyuarat ini telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
Guru Perpustakaan dan Media (GPM) sedang mencatat nota.
GPM sedang mengambil perhatian tentang taklimat yang disampaikan.
Cikgu Chong Hua mempengerusikan mesyuarat ini.