Mesyuarat Jawatankuasa Pemuafakatan Aktiviti (JKPA) - PKG Kelawai Bil. 2 / 2014 diadakan pada 14 November 2014 (Jumaat), pada 8.00 pagi di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 14 orang guru yang terdiri daripada guru besar, pengetua dan wakil sekolah-sekolah kawasan PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Status iQ-PSS, Laporan Bacaan Murid Sesi 2014, Bilangan Murid Belum Naik Kelas 2014, KM1M 2014, Pembaca Terbanyak Peringkat PKG, Tokoh NILAM, Kampus Astro, Instrumen Penilaian PSS Edisi Mei 2014, Pemasangan Talian Internet 1Bestarinet, VLE Usage Report, 1BestariNet VLE Login Duration KPI Dashboard, Penggunaan Talian Internet 1Bestarinet, Penggunaan Chrome Lab, Smart School Qualification Standards (SSQS) 2014, Pengguna Dongle Yes, Sistem Pengurusan Sekolah, Pelupusan / Aduan Kerosakan ICT, MBMMBI dan sebagainya. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi.
Guru besar, pengetua dan wakil sekolah sedang mengisi borang kehadiran.
Guru besar, pengetua dan wakil sekolah sedang berbincang topik berkaitan tentang Pusat Sumber Sekolah (PSS) dan Teknologi Pendidikan.