15 July 2014

Soalan Lazim Virtual Learning Environment (VLE)

SOALAN LAZIM

1. Apakah Virtual Learning Environment?
Jawapan: Persekitaran pembelajaran maya (VLE) adalah  konsep pembelajaran berasaskan web. Guru-guru boleh merancang proses PdP, menjalankan ujian dan menyemak kerja sekolah secara maya. Manakala murid  boleh menghantar kerja sekolah, berinteraksi dan berkomunikasi secara realtime dengan guru-guru dan pihak sekolah untuk memantau perkembangan anak-anak .

2. Apakah VLE 1Bestarinet / Frog VLE?
Jawapan: VLE 1Bestarinet merupakan landasan atas cloud yang membolehkan pentadbir, pengurus, guru sekolah serta murid menerapkan landasan pengajaran dan pembelajaran mereka ke dalam amalan dan persekitaran sekolah.
(Maklumat lanjut yang berkaitan boleh merujuk kepada pautan About The Pond dalam Frog VLE)

3. Bilakah VLE 1Bestarinet mula dilaksanakan di sekolah ?
Jawapan: VLE 1Bestarinet telah dilancarkan pada Mac 2012 dan dilaksanakan secara  berperingkat.

4. Apa itu Teknologi Awan (Cloud)?
Jawapan: Teknologi Awan (cloud) ialah penggunaan teknologi berasaskan internet di mana perkhidmatan perkongsian sumber, aplikasi perisian, penyimpanan data, capaian dan pengurusan data boleh digunakan secara dalam talian oleh pengguna. Antara teknologi pengkomputeran awan yang sering digunakan adalah seperti Amazon dan Google.

5. Bolehkah saya mengakses VLE 1Bestarinet dari rumah? Bagaimana? Bolehkan VLE 1Bestarinet diakses melalui peranti yang lain?
Jawapan: Pengguna boleh mengakses VLE dengan menggunakan apa-apa peranti yang mempunyai akses ke internet yang disediakan oleh penyedia perkhidmatan internet pada bila-bila masa di mana jua. Pengguna hanya boleh mengakses VLE sekiranya pengguna mempunyai akaun dan kata laluan VLE yang sah.

6. Apakah peranan BTP / BTPN / PTPB / PKG dalam pelaksanaan VLE?
Jawapan: Peranan BTP / BTPN / PTPB / PKG adalah sebagai pembimbing kepada pihak  sekolah untuk memastikan penggunaan Frog VLE dapat dilancarkan dan dioptimumkan.

7. Siapakah pengguna VLE?
Jawapan: Pengguna VLE ialah guru, murid dan ibubapa. 

8. Apakah kekuatan / kelebihan menggunakan  VLE 1Bestarinet dalam PdP?
Jawapan: VLE 1Bestarinet dapat:
  • Menjimatkan masa dan tenaga guru dalam perancangan pengajaran, menandakan tugasan murid dan menguruskan kalendar akademik
  • Hubung dan kolaborasi para pendidik seluruh negara
  • Belajar di luar sempadan kerana pembelajaran boleh dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana-mana juga.
  • Menarik dan menambat perhatian murid dengan penggunaan ICT dalam PdP
  • Persekitaran pembelajaran yang selamat  
  • Ibubapa boleh menyemak tugasan yang diberikan kepada anak-anak mereka, mendapat maklumat aktiviti sekolah, meklumat aktiviti PIBG dan muat turun boring-borang. 
9. Apakah kriteria pemilihan pasukan VLE 1Bestarinet?
Jawapan : Pemilihan Pasukan VLE 1Bestarinet adalah berdasarkan kriteria berikut:
  • Boleh bekerja secara berkumpulan
  • Kemahiran pengurusan
  • Kemahiran interpersonal
  • Kemahiran IT: Pengetahuan asas komputer dan internet
  • Bertanggungjawab
  • Kualiti kepimpinan
10. Kenapa mesti guna VLE 1Bestarinet?
Jawapan: Ia adalah satu dasar transformasi pendidikan negara dan memudahkan guru-guru membina laman bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

11. Apakah browser terbaik untuk melayari VLE 1Bestarinet?
Jawapan: Browser yang paling baik ialah Google Chrome walau bagaimanapun browser lain juga boleh digunakan.

12. Bagaimanakah saya boleh mengakses VLE?
Jawapan: ID Yes 1BestariNet untuk daftar masuk tunggal akan membolehkan anda untuk mengakses VLE 1Bestarinet. Setiap sekolah mempunyai URL yang tersendiri untuk tujuan log masuk.

13. Bagaimana pengguna mendapat kemahiran baru dalam VLE 1Bestarinet?
Jawapan: Laman Komuniti Frog dalam VLE 1Bestarinet adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog.

14. Adakah ibu bapa akan diberi akses VLE 1Bestarinet?
Jawapan: Ibu bapa akan diberi ID Yes 1BestariNet untuk mengakses Dashboard ibu bapa dalam VLE 1Bestarinet. Dengan ID log masuk mereka, ibu bapa boleh mengikuti aktiviti anak-anak mereka di sekolah, mengakses laporan PIBG, acara sekolah, butiran perhubungan sekolah serta memuat turun borang-borang penting dan dokumen.

15. Siapakah yang boleh dihubungi, jika pengguna menghadapi masalah dengan sambungan internet dan penggunaan widget dalam VLE? 
Jawapan: Untuk bantuan teknikal dan isu-isu penyelesaian masalah, sila berhubung dengan:
  • Pentadbir / AdminFrog VLE sekolah
  • 018-7998787
  • "moesupport" moesupport@ytlcomms.my