Latihan Penggunaan VLE - Guru Cemerlang telah diadakan dari 1 hingga 3 Julai 2014 di tempat Makmal Komputer, SK Titi Teras, Balik Pulau. Selain itu, Latihan Penggunaan VLE - Guru Cemerlang juga telah diadakan dari 8 hingga 10 Julai 2014 di tempat PKG Tanjung Bunga. Latihan ini dijalankan secara kerjasama antara JPN, BTPN, PPD dan PKG. Latihan ini dihadiri oleh guru cemerlang dari sekolah-sekolah Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya. Tujuan latihan ini ialah membimbing guru menghasilkan laman pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan digunakan di dalam bilik darjah. Latihan ini berjalan dengan lancar dan jaya tanpa gangguan internet dan sistem itu.