04 November 2013

Pemantauan Pemprosesan Buku

Merujuk perkara di atas dimaklumkan bahawa Pemantauan Pemprosesan Buku akan dijalankan dalam tempoh 06/11/2013 sehingga 15/11/2013. Pemantauan ini cuma melibatkan beberapa sekolah sahaja.

2) Baru-baru ini KPM menghantar buku kepada sekolah dengan jumlah yang banyak. Dengan itu, pihak BTPNPP dan PKG akan memantau sekolah berkenaan agar buku-buku itu diproses.

3) Bidang yang akan dipantaukan mengenai buku-buku itu ialah:
  • Daftar dalam stok perolehan
  • Cop hak milik
  • Label tulang buku
  • Diletakkan atas rak untuk pinjaman