Fungsi 4 : Merancang, Menyedia, Menerbit Dan Menilai Keberkesanan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Pelbagai Media
Bengkel Penghasilan Bahan Grafik telah diadakan dari 15 hingga 18 Julai 2013 di tempat PKG Tanjung Bunga. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara PKG kawasan Pulau dengan penggunaan perisian CorelDRAW.
Bengkel ini dihadiri oleh peserta bagi kawasan sekolah PKG Kelawai iaitu Guru Penyelaras Bestari / ICT pada 15 dan 16 Julai 2013. Tujuan bengkel ini ialah guru dapat menghasilkan bahan media untuk penggunaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Guru ICT/GPB diberi pendedahan tentang aplikasi CorelDRAW dan kepentingannya dalam PdP.