03 July 2013

Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Daerah Timur Laut Dan Barat Daya 2013

Bengkel Pemantapan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Peringkat Daerah Timur Laut Dan Barat Daya 2013 diadakan pada 1 dan 2 Julai 2013, pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang di Dewan Perdana, SMK (P) St. George anjuran bersama PKG Kawasan Pulau. Bengkel ini dihadiri oleh 167 orang peserta iaitu Guru Perpustakaan Dan Media (GPM) kawasan sekolah-sekolah Pulau. Antara slot yang disampaikan dalam bengkel tersebut ialah Pengurusan Penggunaan PSS,  Kaji Selidik Dalam Pengurusan PSS, Pentafsiran Instrumen Penggredan PSS dan Pemantapan Tahap Rakan Pembaca. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

En. Marzuki bin Samah - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bayan Lepas sedang mengurus pendaftaran peserta.

Selepas berdaftar, peserta bersedia untuk menerima ilmu pengurusan PSS. 

Cikgu Shahrol Mazian Binti Shuib dari SK Telok Bahang sedang menyampaikan slot Kaji Selidik Dalam Pengurusan PSS.

 Peserta bengkel sedang memberi perhatian kepada slot yang disampaikan.

Pegawai Teknologi Pendidikan PKG sedang mengendalikan makanan peserta.