Ujian Permata Pintar ini dijalankan di SMK Perempuan St George dan SMJK Perempuan China Pulau Pinang. PKG Kelawai dipertanggungjawabkan untuk memberi sokongan teknikal sepanjang perjalanan ujian tersebut.Seramai 60 orang murid dari sekolah rendah dan menengah kawasan sekitar telah menduduki ujian tersebut. 34 orang di SMJK Perempuan China Pulau Pinang dan 26 orang di SMK Perempuan St George.En Akmar, Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan, Encik Abu, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas dan En Shahrir, dari UKM telah memantau pusat ujian tersebut. Ujian berjalan lancar dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang

calon-calon mendaftar untuk mengambil ujian

dari kiri: En Akmar dan En Abu diiringi oleh Pn Sharifah, Pengetua SMK Perempuan St George semasa memantau pusat ujian di sekolah tersebut.

Calon-calon menjawab soalan.

Calon-calon di Pusat Ujian SMJK Perempuan China Pulau Pinang

dari kanan: Encik Sharir bertanyakan sesuatu kepada Cik Chew Yuen Choon, Ketua Pengawas di pusat ujian SMJK Perempuan China Pulau Pinang.

Calon-calon di SMK Perempuan St George.

Calon-calon sedang mengambil ujian.