17 August 2009

Mesyuarat Gerak Gempur ICT PKG-PKG dalam daerah PPD Timurlaut dan Barat Daya pada 14 OGOS 2009

Mesyuarat ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Teknologi Pendidikan dan juruteknik PKG dalam kedua-dua daerah PPD. Turut hadir dalam Mesyuarat ini adalah jururuteknik-juruteknik sekolah dari kedua-dua daerah PPD tersebut.Dalam mesyuarat tersebut juruteknik-juruteknik telah dibahagikan mengikut kelompok sekolah yang akan dilawati. Skop kerja dan jangkamasa kerja mereka juga digariskan dengan jelas. Semua juruteknik juga diberi taklimat mengenai tatacara memasuki sekolah untuk menjalankan tugas mereka. Mereka juga diberi taklimat mengenai aliran kerja yang hendak dilaksanakan.