12 July 2016

Pertandingan Digital Storytelling Animation 2016 Peringkat Kebangsaan

Pertandingan Digital Storytelling Animation 2016 Peringkat Kebangsaan

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk dan surat rujukan KP (BTP-PENT) 8800/41/2 Jld 10 (41) bertarikh 30 Jun 2016 adalah berkaitan.

2.     Adalah dimaklumkan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Digital Strorytelling Animation (DST) 2016 peringkat kebangsaan yang bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam industri anamasi disamping mengalakkan penghasilan bahan kreatif melalui teknologi dan membudayakan penggunaan TMK dalam PdP.

3.     Pertandingan adalah terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Hanya 1 peryertaan dibenarkan daripada setiap sekolah dalam kategori sekolah rendah (7 hingga 12 tahun) dan sek menengah (13 hingga 17 tahun). Tema produksi animasi yang perlu dihasilkan adalah "Nilai-Nilai Murni dalam Peribahasa / Values in Proverbs". Pengantaran penyertaan bermula 01 OGOS 2016 dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 30 OGOS 2016.

4.     Keterangan lanjut penyertaan serta syarat-syarat penyertaan disertakan link ini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Adnan Bin Ghazali - Pegawai Teknologi Pendidikan, Unit Pembestarian Sekolah (UBEST), BTPN Pulau Pinang pada talian 012-4917857.