30 December 2015

Pengedaran Buku Penggunaan Pusat Akses Sekolah

Pengedaran Buku Penggunaan Pusat Akses Sekolah dijalankan pada 29 dan 30 Disember 2015 di Pusat Sumber, PKG Kelawai. SK Perempuan dan SK Jalan Residensi masing-masing mendapat dua buah buku yang bertajuk "Buku Penggunaan Pusat Akses Sekolah". Buku ini diterbit oleh Bahagian Teknologi Pendidikan pada November 2006. Pusat Akses Sekolah mengamalkan konsep ala "cyber cafe" tetapi lebih menjurus kepada pembelajaran. Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan murid membuat pembelajaran kendiri (self learning). Murid boleh mencari dan memilih sumber pembelajaran secara sendiri mengikut kadar kendiri, terarah kendiri dan akses kendiri.