30 July 2015

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2015

5.2.1 Menyelaras Aktiviti Program NILAM dan Khemah Membaca

Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Daerah Timur Laut dan Barat Daya Tahun 2015 telah berlangsung pada 29 (calon sekolah menengah) dan 30 (calon sekolah rendah) Julai 2015 di Pusat Kegiatan Guru Gelugor. Pemilihan ini dianjurkan bersama antara JPPP, PPD Timur Laut dan PKG kawasan Pulau iaitu PKG Air Itam, PKG Balik Pulau, PKG Bayan Lepas, PKG Dato' Keramat, PKG Gelugor, PKG Kelawai dan PKG Tanjung Bunga. Tujuan pemilihan ini ialah memilih tokoh NILAM peringkat daerah Timur Laut dan Barat Daya. Calon yang layak akan ke peringkat Pemilihan Anugerah Tokoh NILAM Negeri Pulau Pinang yang akan diadakan pada bulan September 2015 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Pemilihan ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Pendaftaran calon pemilihan tokoh NILAM

Cikgu Azman sedang memberi taklimat ringkas

Cikgu Hizam sedang menerang peraturan pemilihan tokoh NILAM

Calon-calon kategori sekolah menengah sedang menjalankan ujian penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Semakan rekod bacaan (Jauhari)

Semakan rekod rakan pembaca

Proses ujian lisan Bahasa Melayu sedang dijalankan


Hakim terdiri daripada pegawai SISC+ Daerah Timur Laut dan pegawai JPPP



Profil Peribadi berbentuk folio, rekod bacaan dan rekod rakan pembaca

Cikgu Azman sedang memberi taklimat ringkas kepada calon-calon sekolah rendah


Calon sedang mengambil perhatian

Calon-calon kategori sekolah menengah sedang menjalankan ujian penulisan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Calon perlu menyiapkan penulisan dalam tempoh 45 minit


Calon sedang bertungkus lumus menghasilkan penulisan yang baik

Cikgu Abas sedang menyemak rekod bacaan calon

Cikgu Azman sedang menyemak rekod bacaan calon

Urus setia sedang menyemak rekod bacaan dan rekod rakan pembaca

Guru pengiring sedang berehat di bilik mesyuarat

Proses ujian lisan Bahasa Melayu sedang dijalankan



Proses ujian lisan Bahasa Inggeris sedang dijalankan


Hakim terdiri daripada pegawai SISC+ Daerah Timur Laut dan pegawai JPPP