29 May 2015

Bengkel Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah

8.1.1 Melaksanakan kursus / latihan untuk meningkatkan kompetensi GPB/GPICT, GPM, JTK dan Guru dalam teknologi pendidikan bagi menyokong pelaksanaan Pembestarian Sekolah dalam bidang ICT
1.1.1 Melaksanakan Mesyuarat di PKG (Mesyuarat Penyelarasan Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT 2)

Bengkel Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah telah diadakan pada 27 dan 28 Mei 2015 di bilik kuliah, PKG Kelawai. Bengkel ini dianjur oleh Pusat Kegiatan Guru Kelawai. Terdapat 17 orang peserta menghadiri bengkel ini. Mereka terdiri daripada Guru Penyelarasan Bestari (GPB) / Guru ICT sekolah kawasan PKG Kelawai. Terdapat dua orang urus setia dan dua orang penceramah bengkel ini iaitu Encik Habib - Juruteknik Komputer PKG Kelawai dan Encik Mohd Fauzi - Juruteknik Komputer PKG Dato' Keramat. Tujuan bengkel ini ialah memberi pendedahan kepada peserta tentang talian internet dan keselamatan ICT, 'Troubleshooting' komputer dan laptop, serta tatacara penyenggaraan peralatan ICT sekolah agar peserta mengesan dan menyelesaikan masalah peralatan ICT di sekolah masing-masing. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.

Sila klik sini untuk muat turun bahan bengkel:
https://goo.gl/Q6oO0V

Cikgu Hizam sedang memberi taklimat ringkas sebelum mulanya bengkel



Encik Mohd Fauzi sedang menyampaikan slot talian internet dan keselamatan ICT







Peserta sedang belajar cara penyambungan wayar Cat 5e dan dengan RJ 45.



Encik Habib sedang menyampaikan slot 'Troubleshooting' komputer dan laptop



Peserta sedang belajar cara peleraian dan pemasangan hardware komputer.