10 April 2015

Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Zon Pulau 2015

8.1.3 Meningkatkan Kemahiran Profesionalisme dalam bidang  PSS untuk GPM/AJK PSS (Pentadbiran dan Pengurusan PSS)

Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Zon Pulau 2015 telah diadakan selama 4 hari dari 06 sehingga 09 April 2015 di Pusat Sumber Sekolah, SMKA (P) Almashoor, Georgetown, Pulau Pinang. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara PKG kawasan Pulau. Bengkel ini dihadiri oleh 40 orang peserta bagi ahli sekolah PKG kawasan Pulau iaitu Guru Perpustakaan dan Media (GPM) yang baru dilantik. Terdapat dua peserta dari sekolah kawasan PKG Kelawai, manakala seramai 3 urus setia dan penceramah dari PKG Kelawai. Tujuan bengkel ini ialah peserta diberi pendedahan tentang Instrumen Penilaian PSS, Pentadbiran dan Pengurusan PSS, Program NILAM, Fail Kuasa, Proses Pilih Buang / Pelupusan, Literasi Maklumat, Dokumen-dokumen PSS, Organisasi Bahan dan sebagainya. . Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.


Puan Norrizan Binti Md Said - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Penaga menyampaikan slot Instrumen Penilaian PSS


 

Tuan Haji Suhaimi Bin Saidin - Pegawai Pendidikan Daerah Utara Pejabat Pendidikan Daerah Utara menyampaikan slot Pentadbiran & Pengurusan PSS (Kewangan)
Encik Marzuki Bin Samah - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bayan Lepas menyampaikan slot Konsep Asas PSS

Encik Mohd Abas Aboo Bakar - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Balik Pulau (Urus Setia) menyampaikan slot Kemudahan Fizikal

Encik Azman Bin Mahamood - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gelugor menyampaikan slot Pengurusan dan Pentadbiran PSS


Peserta sedang menjalankan aktiviti kumpulan




Encik Muhamad Khairi Bin Abdul Rahman - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tanjung Bunga menyampaikan slot Program NILAM


Encik Hizam Bin Ismail - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kelawai menyampaikan slot Sistem i-NILAM


Encik Abdullah Bin Yaacob - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Tanjung Bunga menyampaikan slot Penghasilan Kajiselidik dengan menggunakan Google Form

Peserta sedang menggunakan Chromebook dalam penghasilan kajiselidik




Encik Muhammad Fauzi Bin Shaari - Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNPP menyampaikan slot Fail Kuasa


Encik Rosidi Bin Mat - Pegawai Teknologi Pendidikan Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan BTPNPP menyampaikan slot Proses Pilih Buang / Pelupusan dan Literasi Maklumat


Puan Nor Azmawati - Guru Perpustakaan dan Media (GPM) menyampaikan slot Pengautomasian

Puan Hafidzah Binti Hapeez - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Dato' Keramat menyampaikan slot Dokumen-dokumen PSS 


Puan Yasmin @ Rodiah Binti Abdul Rahman - Penolong Pengarah Unit Menengah Sektor Pengurusan Sekolah JPPP menyampaikan slot Organisasi Bahan & Bengkel Pengkatalogan


Cikgu Nur Hafiza Habib Rahman - Guru Perpustakaan dan Media (GPM) SK Juara menyampaikan slot Proses Teknik Bahan






Peserta sedang menjalankan proses teknik bahan


Encik Azlan Bin Aziz - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Air Itam dan pembantunya Encik Gim Chong Hua menyampaikan slot Penghasilan Bahan Promosi PSS 


Peserta sedang menghasilkan blog PSS untuk tujuan promosi di sekolah

Majlis Penutup bagi Bengkel Asas Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Zon Pulau 2015


Encik Zahari Bin Zakariah - Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPD Timur Laut merasmikan majlis penutup

Penyampaian sijil penghargaan kepada Pengetua SMKA (P) Mashoor

Penyampian sijil penyertaan peserta