28 August 2014

Status Penarafan SSQS 2014 Sekolah-sekolah Negeri Pulau Pinang





Semua
Pengetua / Guru Besar,
Guru Penyelaras Bestari / ICT, Guru dan Murid
Negeri Pulau Pinang

Berhubung dengan perkara di atas, adalah dimaklumkan bahawa penarafan SSQS 2014 sekolah-sekolah negeri Pulau Pinang (398 buah sekolah) telah mencapai 100% termasuk sekolah-sekolah kekurangan guru dan SKM yang berakhir pada 27 Ogos 2014. 

TAHNIAH! dan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada tuan/puan yang telah memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi sepanjang penarafan ini dijalankan selama sebulan.

Pihak BTP, BTPN dan JPPP sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tinggi kepada tuan/puan dalam melaksanakan penarafan SSQS sekolah-sekolah negeri Pulau Pinang bagi tahun ini. Diharap mendapat kerjasama yang sepenuhnya 
di tahun-tahun yang akan datang.

Sekian, terima kasih.