Bengkel Pengurusan Program NILAM Untuk Guru NILAM Baru telah diadakan pada 10 Mac 2014 di tempat PKG Gelugor. Bengkel ini dijalankan secara kerjasama antara PKG kawasan Pulau. Bengkel ini dihadiri oleh peserta bagi ahli sekolah PKG kawasan Pulau iaitu Guru NILAM Baru. Tujuan bengkel ini ialah guru diberi pendedahan tentang Program Nilam, sistem i-NILAM dan kepentingannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Cikgu Azlan - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Air Itam
sedang memberi taklimat ringkas mengenai bengkel ini.
Cikgu Hafidzah - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Bayan Lepas
sedang menyampaikan slot Program NILAM.
Cikgu Hizam - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Kelawai
sedang menyampaikan slot pengurusan sistem i-Nilam.
Peserta sedang memberi perhatian kepada slot yang disampaikan.