10 January 2014

Mesyuarat Penyelarasan VLE Dan Selenggaraan ICT, Jawatankuasa GPB / GICT PKG Kelawai 2014

Mesyuarat Penyelarasan VLE Dan Selenggaraan ICT, Jawatankuasa GPB / GICT PKG Kelawai Tahun 2014 diadakan pada 9 Januari 2014, pada 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang Guru Penyelaras Bestari / Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) kawasan sekolah-sekolah PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Talian 1Bestarinet & School Broadband (SBB), Penyelenggaraan & Penggantian Peralatan ICT Sekolah, VLE 1Bestarinet & Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), dan sebagainya. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.




Guru Penyelaras Bestari / Teknologi Komunikasi Maklumat (ICT) sedang menjalankan mesyuarat.