Mesyuarat Jawatankuasa GPM, Kemajuan & Pembangunan PSS PKG Kelawai Tahun 2014 diadakan pada 8 Januari 2014, pukul 2.00 petang di bilik mesyuarat, PKG Kelawai. Mesyuarat ini dihadiri oleh 17 orang Guru Perpustakaan Dan Media kawasan sekolah-sekolah PKG Kelawai. Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut ialah Kemajuan & Pembangunan PSS, IQ-PSS, i-NILAM dan sebagainya. Mesyuarat telah ditangguhkan pada pukul 4.30 petang.
GPM sedang mendaftar diri.
Guru Perpustakaan dan Media sedang menjalankan mesyuarat.