Bengkel Penyelarasan Penggunaan Bahan MBMMBI (Kegunaan Tahun 2014) diadakan pada 16 Januari 2014, pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang di Dewan Kuliah Utama, Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang (IPGKPP) anjuran bersama PKG Kawasan Pulau. Bengkel ini dihadiri oleh 167 orang peserta yang terdiri daripada Penolong Kanan 1 (PK1) kawasan sekolah-sekolah Pulau. Antara slot yang disampaikan dalam bengkel tersebut ialah Modul Penggunaan Bahan Digital MBMMBI 2014, Rekod Penggunaan MBMMBI dan Tindakan Selepas Bengkel ini (LDP). Bengkel ini berjalan dengan lancar dan jaya.
Urus setia sedang membuat persiapan tempat.
Menunggu kedatangan peserta.
Cikgu Abas - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Balik Pulau
sedang memberi ucapan.
Cikgu Shahir - Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Gelugor
sedang menyampaikan slot penggunaan CD MBMMBI.
Peserta sedang memberi perhatian kepada slot yang disampaikan.